Thursday 6 October 2011

Jom try jadi magician...

Mari kita buat latihan magician!!
1. Fokus pada titik merah di tengah² tu
(Terus memberi tumpuan lebih daripada 30 saat)
2. Tekan comment dan follow blog ini jika bulatan biru hilang.

3.be honest... nk tgk brapa org berjaya...g.luck.

Wednesday 28 September 2011

Kasih ibu

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..




       Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut

     Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.


       Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh. “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...By: Dominique Padua Balaba
(copy from kwn sy) 
PS/ did we do the same thing 4 our mum...? think!

Sunday 18 September 2011

senyuman palsu terbaik di dunia.

Kali nie aq nk kenalkan korg semua dgn seorang motivation aq... 
NICK VUJICIC

Manis senyuman beliau bkn, tp ada lbh bermakna pada senyuman beliau. Inilah diri beliau yg sebenar.


     seorang insan yang dilahirkan tanpa kaki,tanpa tangan, yg wujud hanya apa yg kita dapat lihat dalam gambar di atas,sebelah kaki "itik" kecil. Namun disebalik tubuh kerdil itu terkandung 1 semangat dan kata2 yang telah mengubah berjuta manusia di atas muka bumi ini. antara salah 1 ucapan terulung dari beliau adalah 
                                                        "Are you gonna finish it strong"

     Bagaimana beliau mengubah berjuta manusia termasuklah aku? beliau tidak memberi atau meminta simpati atas kekurangan beliau, thats make him strongest man i ever know yg masih hidup. 

Jom kita lihat sedikit selingan, hope semua akan enjoy.




ps/ "Belajar belajar" bkn "Belajar Mengikut"

Saturday 17 September 2011

Belajar dan semakin Bodoh.

Alhamdulillah syukur masih sempat update blog aq nie. kali nie aq nk bercerita tentang BELAJAR BELAJAR dan BELAJAR MENGIKUT. 1stly aq nk bgth korg tentang ape yg aq tulis nie hanyalah pendapat aq yg aq dpt lihat selama 22 taon aq idop. Aq hope korg leh luangkan masa 2 minit utk baca benda ini.Sbbbkn saja-saja aq nk tulis, cma aq nampak kita semakin kabur dalam erti mencari ilmu.firstly aq nk tunjukan 3 tokoh yg memberi aq inspirasi selain family,n of course la nabi Muhammad. Dan ape kaitan dengan tajok aq tentang BELAJAR BELAJAR dan BELAJAR MENGIKUT.

SYEIKH AHMAD DEEDAT
Ketiga-tiga tokoh nie aq rase x ramai sangat kenal kot, so ape kata aku kenalkan, SYEIKH AHMAD DEEDAT  merupakan seorang ulama yg sgt terkenal pada zaman 1940-1990.Beliau mengkaji dan menghafal kesemua kitab agama termasuklah Al-Quran,Injil,Zabur,dan kitab2 lain. Beliau berhijrah ke Afrika Selatan ketika berumur 9 tahun dan menjadi anak yatim piatu di negeri orang pada ketika itu.namun Berkat usaha Beliau merupakan seorang pemidato dan pendebat agama yg tidak pernah ditewaskan serta telah mengislamkan mungkin puluhan ribu umat di serata dunia.



FRANK WILLIAM ABAGNALE JR
dia ni adalah seorang perunding keselamatan Amerika yang terkenal kerana sejarah sebagai seorang pakar dalam memalsukan cek, menyamar dan melarikan diri. Ia menjadi terkenal pada tahun 1960 kerana berjaya memalsukan cek bernilai 2.5 juta di 26 negara selama lima tahun, bermula ketika ia berusia 16 tahun.
secara ringkas beliau nie seorang penipu,bkn penipu calang-calang tapi dia mengaku dah menyamarsebagai tidak kurang daripada lapan identiti berasingan, berjaya meniru seorang juruterbang syarikat penerbangan, seorang doktor, seorang agen Biro Penjara dan peguam.2 kali kena jail tapi terlepas Dia juga menjalankan sebuah syarikat perundingan penipuan kewangan iaitu Abagnale & Associates. Akhirnya ditangkap tapi diberi pengampunan oleh dan dijadikan salah seorang org penting dalam sejarah bank amerika.


PARTINI SARIKIN SARI
Dan yg terakhir sekali adalah seorang wanita ayu.tapi disebalik kelembutan dia ada kekerasan. beliau merupakan seorang pesilat kebangsaan Malaysia. masih belajar di UITM. Dia merupakan salah seorang pesilat yg digeruni. Merupakan pesilat harapan negara. Pingat Emas bkn lagi perkara baru bagi beliau dalam acara silat olahraga.


BELAJAR BELAJAR dan BELAJAR MENGIKUT

        Jika kita lihat secara rambang ketiga-tiga tokoh diatas, apa yg mungkin kita fikirkan tentang mereka mungkin adalah
  •  mereka merupakan 3 orang yg hebat.
  •  Dan kita lihat mereka adalah org yang akan dan telah tercatat dalam sejarah. 
  •  F.A.Jr, adalah seorang penipu yg berjaya.
  •  S.Ahmad Deedat pendebat dan pendakwah yang berjaya.
  •  Partini.S.S. pula adalah pesilat/pengamal senibeladiri yg berjaya.
        Jika itu yg kita dapat melalui pembacaan diatas, bg aq kita masih lg berada dalam golongan BELAJAR MENGIKUT. Keadaan mengikut bg aq adalah keadaan dimana kita menerima ilmu yg diberi itu bulat-bulat namun kita tidak cuba belajar mengkaji tentang bagaimana sst itu terjadi. Contoh mudah kita lihat graduan2 universiti yg tidak berjaya,aq boleh katakan mereka cemerlang dalam pelajaran yg mereka IKUTI, namun ketika belajar di IPTA IPTS,mereka tidak belajar utk hidup, maka keadaan tersebut menjadikan mereka orang yg BELAJAR MENGIKUT dan bukan BELAJAR BELAJAR.

        Sama juga keadaan di atas, ke 3 3 tokoh diatas, kita mungkin boleh sekadar ambil fakta tentang apa yg aq katakan di atas. Ataupun kita boleh BELAJAR BELAJAR dan berfikir bagaimana keadaan 
  • F.A.jr ketika menjadi seorang penipu dan menipu menjadi Hakim, Peguam,Juruterbang dan lain2. Cara beliau berlakon sebagai seorang actor.
  • dimana beliau belajar memandu kapal terbang? 

  • S.Ahmad Deedat telah membaca hampir kesemua kitab agama lain, namun bagaimana beliau mampu mempertahankan Agama islam beliau?
  • Apakah ucapan beliau yg hebat sehingga beliau boleh menewaskan ratusan Paderi, dan mengislamkan ribuan umat islam.

  • Partini S.S. telah memenangi pelbagai kejohanan silat,namun berapa kalikah beliau telah "berjaya gagal"  sebelum beliau berjaya?
  • tendangan atau teknik apakah yg digemari beliau sehingga beliau berjaya tewaskan ratusan pihak lawan?
  • dan byk lagi pelajaran lain yg mgkin kita mmpu olah.terpulang...

DAN akhir sekali kita tya diri kita apa yang kita dapat setelah membaca blog ini? Adakah kita telah BELAJAR BELAJAR atau masih BELAJAR MENGIKUT kerana apa yg aq tahu, ke3 3 tokoh yg aq sanjung adalah mereka yg BELAJAR BELAJAR... tepuk dada tyalah minda.-originally by http://dato-h.blogspot.com/




Sunday 11 September 2011

DIALOG PENDEK BUDAK MISKIN DAN BUDAK KAYA

dialog bdk miskin dan bdk kaya
Budak Kaya:      Hey org miskin, xmalukah ko idop miskin?
Budak Miskin:    Xbaik ko hina aku dgn kemiskinan aq nie...
Budak Kaya:      aku x hina kemiskinan ko,tp sikap ko yg lbh miskin sbb xnk ubah nasib ko...
 
Orang miskin terpinga2... memikirkan ape harus diperkatakan.
maka dialog diteruskan

Budak Miskin:    Hey orang kaya, tidak malukah ko idop kaya?
Budak Kaya:      Ape motif ko katakan aq harus malu dgn kekayaan aq ini?
Budak Miskin:    Wajarkah ko berbangga dgn seluar kecil ko yg berharga ribuan ringgit itu sedangkan ia dibeli oleh bapa kau?
Budak Kaya:   ...............
ps/: mudahnyer berkata-kata... dua dua 2x5.
moral/: ubahlah nasib kitajgn berckp je pandai.
" dan Aku tidak akan mengubah nasib sst kaum melainkan mereka mungbah nasib mereka sendiri."
http://dato-h.blogspot.com/

Monday 22 August 2011

tidak mahu solat 5 waktu? boleh... jawapannya ada di sini.

tentu sahabat2 pelik kot baca tajuk nie...
mungkin ajaran sesat...=)
apepon, dont judge a writing by the title,
sebenarnya hari nie aq ada terdengar 1 khutbah dalam youtube...
juz nk share ape yg aq dpt dan aq cb faham ape yg dimaksudkan dalam khutbah tersebut. kisah die mcm nie...
disebabkan ssh aq nk terangkan, so ape kata kite luangkan masa dgr dari beliau sendiri. sama2 kita nilai diri kita samaada kita akan sabar dan ambil berat atau akan ttup video ini disebabkn internet slow... jom sama2 muhasabah diri.. zasss~

Saturday 20 August 2011

CINTA KE SEKOLAH...

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu 
Cikgu : CEMBURU
Benci : CEMBURU ?dia selesema cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
Benci : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab :

Kerana Cinta sunyi tanpa CEMBURU
dan CINTA nana pernah hadir Tanpa KASIH & SAYANG cikgu...


~dato"H~

Friday 19 August 2011

Kekejaman kembali...

1stly nk thanks la utk semua yg komen n baca blog aq nie.... 
aq xsangka lak korg dpt rase ape yg aq rase,
juz kalu korg sedar, titisan airmata n perasaan yg korg rase 2,
bkn sbb tulisan aq semata-mata, cuma mgkin
abah,papa,dad,abi,ayah, korg pn "kejam" mcm 2 jugak...
so cb la kita renung balik kekejaman mereka
dan kita bandingkan dgn kekejaman kita.
apepon aq bangga dgn "kekejaman abah" aku
sbb kekejaman 2 la yg besarkan aq,
dan mungkin buat sesetgh kawan2 yang baca blog aq nie,
sedar kekejaman abah diowg...
percayalah titisan air mata korg 2 bakal jd saksi
bahawa korg adalah anak yg soleh... 
amin... sekian.
kehebatan bapaku ternyata lagi kejam...
titiskan airmata kawan2ku...
terima kasih utk segala kekejaman tu...
love u abah...)

Wednesday 17 August 2011

Bapaku Kejam...

Mungkin tajuk di atas agak panas bukan... apepun ikutilah sedikit sebanyak kisah kekejaman abah aku...

Kekejaman pertama: mak sedang mengerang kesakitan utk melahirkan aku, abah nampak rilek jea... keluar jea, teros dia azan dekat telinga aku...then aku nangis kuat-kuat, abah tersenyum jea... xda pun nak nangis sama-sama... kejam betol abah aku kan...

Kekejaman kedua: nie masa aku umur 3 tahun, aq tgk kawan aku beli mainan kt kedai, aku pn nak la, ala murah je kot... x sampai rm10 pon... pastu x pasal2 aku kena marah... ala law kumpul seorg seringgit adik beradik aku pon da ckop rm12...kejam betol abah aku kan...

Kekejaman ketiga: nie masa aku umur 5 or 6 taun, aku x berapa igt, tapi masa tu abah aku naik bas balik kerja, so macam rutin harian aku kejar la die kt simpang rumah aku tu,nk tolong agkat beg la katakan, ntah macamane la leh tersadung kaki pastu jatoh... abah gelak jea... xda pon tolong agkat, die kata anak laki kena belaja bangun sendiri... kejam betol abah aku kan...

Kekejaman keempat: masa aku umur 6 taon gak, masa tu nak raya, kali nie mak ngn abah aku lak bersekongkol, masa aku ngn 10 adik beradik aku yang lain tido, dia berdua ambik tali rapia then ukur sini, ukur sana,pgg kaki aku lah, pastu sorg demi sorg adik beradik aku dia buat macam 2... masa tu aq x tido, tapi aq saje jea buat2 tido... ntah ape la diowg nk buat ngn tali rapia 2 kan...mlm esok tu abah panggil semua adik beradik aq, die kate nk bg baju raya... ada ke patot die bagi kitowg seme baju bandel... patot la die ukur2 ngn tali smlm... org raya nk la pakai baju baru...bkn bandel.. kejam tol abah aku kan....

Kekejaman kelima: nie lagi la aq igt, nie pon bersekongkol dgn mak aku jugak... masa tu aq baru bangun tghari,apelagi, perot berbunyi la,lapar.... cari2 nasi xda kt dapur, mak cakap suruh tunggu, tgh masak nasi, die suruh aku tidur dulu... bangun jea tido aku tgk abah dok terbaring kt tepi dapur,cangkul ada kt tangan dia... aku ajak la abah masok makan,tgk2 mak aku masak ubi kayu je? ada ke patot bagi anak dia makan ubi kayu jea? abah la nie, rajin sgt pg cari ubi, dah mkn ubi jea kami hari tu...kejam kn abah aku?

Kekejaman keenam: nie lak mase aku skul darjah 2, abah suruh aku pergi sekolah naik lori. aduh, ape kelas naik lori. aq tgk orang lain naik kete ngn moto mak bapak diowg. segan betol la...  ada ke patot dia suruh aku buat macam tu...

Kekejaman ketujuh: masa nie aku darjah 6, aku dpt olahragawan sekolah, pastu aku dapat 4A3C, kire cemerlang la kot. aku mtk la kt abah nk pergi sek asrama penuh,dia kata mahal, xmampu. apelah abah nie, nk belajar kt tempat-tempat best pn x kasi. dah la tu, 1 ucapan tahniah pon x ckp.

Kekejaman kelapan: umur aku dah tingkatan empat,aku join la taekwondo masa tu. pastu aq pergi pertandingan,kene belasah sampai terkoyak mata. then nk la repeat, abah x kasi, aq pon masam muka la malam tu... esok pagi 2 dia bangun n ckap benarkan aq pergi. hepilah aq,pergi pertandingan tu, aku menang johan negeri pahang pulak. balik bangga la nk cerita kt abah, sampai jea rumah baru nk cerita, abah buat x layan je.... bengang betol aku.

Kekejaman kesembilan; nie masa abah aku sakit, masa tu aku tggl kt asrama,masa aku balik rumah jea, malam tu abah panggil aku, die speechless, xreti bercakap. pastu dia mtk aq jaga mak n adik beradik aq yg lain,so aq pn janji la dgn dia. dalam sbln lpas tu aq selalu la balik kampung,jengok2 rumah, n abah ckp dia dah sihat, tapi kali nie selalu buli aq, suruh aku pergi kebun, mesin rumputlah, menebaslah,cuci kolamlah. aq on jea, disbbkan abah aku nie ego sikit,aku nak la amek ati die. ada la 1 hari tu, abah aku kasi duit belanja lebih, epi sgt lar aku,aku pergi la, egt nk cium la pipi die sekali... sedih betol aku, xdapat pn kiss, die elak jea masok bilik. ape la kejam sangat abah aku sorg,nk kiss pon x bagi...

Kekejaman kesepuluh: lepas abah aq sakit tu, aq sedarlah sikit, aq belajar la tekun2, ujung taon, aq dpt jadi pelajar contoh kt sek aq. x sangka la jugak kn.aku nk sgt dpt kiss abah aku 2, aq rase law aq dapat cemerlang spm msti dpt ucapan thniah sekali n kiss sekali...hahaha. yea la, abah aku mane pernah cium aku kot selain hari raya. nk gak aq gedik2 ngn abah aku...=) dah belajar sungguh2,2 ari sebelum peksa aq balik la nk mtk restu, abah lak dok ckp mngarot-ngarot. dok buat lawak x abes-abes, law lawak betol x pe la. nie ckp nk mati la, ape la. sblm aq balik 2 aq pergi la nk salam die. nk borak ckit dgn die, tp die tido pulak.sempat la salam,tp die letih sgt katanya, then sambong tido. apela abah nie, kejam betol, anak nk mtk restu nk pg exam pn xsmpat.

Kekejaman kesebelas: nie la yang paling aq xbleh lupa,time ni aq tgh stdy,esok nk peksa nie... ada ke adik aq mcg ckp abah aku jatoh kt kebun. adik aq nk kena nie,gurau benda2 bodoh. akak aku lak ckp abah aku ok jea... xsedap ati gak aq, aq pon cptla kejot mmber anta aq balik. belom sampai rumah akk aq suruh aq pg klinik. kali nie lg la abah aku kejam. abah aku pejam jea mata xbukak2 dah. aq btl2 terkelu... sedih ngn pemergian dia? x lah, langsung x sbb perasaan aku jaoh lbh dalam dari perkataan sedih tu. tp ok la, aq bukak jea tutup muka dia tu... aq dapat gak cium dia, lepas tu aq tutup balik... aq kecewa sgt sbb dari kecik aq cb nk buktikan pd die yang aq lar yang terbaik. aq nk dia cium aq, ucap tahniah pd aq, dan aq nk sgt dia ckp yg die bangga dgn semua yg aq buat utk die... die x pernah tunjukan yang dia bangga dgn semua yg aku buat.

Kekejaman terakhir: ha,kekejaman 2 x berakhir mcm 2 jea... selang seminggu arwah pergi, buat pertama kali dalam 21tahun mak aku pergi ke pejabat arwah abah utk ambil barang2 arwah... pulang jea dari pejabat, mak aq pgl aq,mak aq bg aq sekeping gambar... sebak jea hati aku bila aq pandang gambar tersebut... gambar aq ngn arwah abah. rupanya arwah letakkan gambar kami d atas meja kerja beliau. mak pn bgth sy, sblm arwah meninggal, arwah abah pernah die sgt bangga dgn aq. melihat saja gambar tersebut hatiku terus sayu. kejamnya bapa kan.

kejamnya engkau abah,
kejamlah sekejam mane pn,
aq adalah kamu,
kamu adalah aku,
walaupun selama ini aq buta...
kehebatan kekejamanmu,
bisa menjadikan aq manusia.
kekejamanmu hebat,
bisa titiskan air mata bekuku.
kekejamanmu kekuatanku.
maafkan ketelanjuran kata2 anakmu.
love u abah...<3
al-fatihah buat arwah abah- Yahaya b.Md Idris.
19-11-06









cipta lagu..?

ha... smgu dua nie aku asyik mood nk blajo gitar jea...
dalam ati ada niat nk cipta lagu kt someone,
tp apekan daya someone tu lom wujud ag...
kdg2 orang ckp sweet bile pkwe main gitar kt awek,
tp cane nk sweet law xda awek kn..hahaha
lagi 1 aku ada la wat cover lagu relaku pujuk n upload kt youtube...
walupon x bes mane, tp ok la kot utk ilangkan bosan2 aku nie...
2 jea la, xda mood nk tulis doh...
~mood:angrybirds putih~

Friday 1 July 2011

Rupa kita di Akhirat...

Ketika sibuk membelek2 facebook aku, tibe2 aku terbaca tentang rupa2 manusia di akhirat kelak, 
agak terkelu juga dibayangkan dengan dosa2 aku yang lampau... jom lah kita muhasabah diri tentang 
adakah kita akan berupa seperti mereka, nauzubillah, minta dijauhkan. sebelum kita baca lebih lanjut ada
baiknya kita bacakan Al-Fatihah utk dihadiahkn kepada seluruh junjungan besar kita, nabi Muhammad serta 
seluruh muslimin muslimat. Al-Fatihah....

WAJAH MANUSIA DI PADANG MAHSYAR...

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS

Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS

Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN

Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.


PERHATIAN:
Sumber ini diambil dari internet. jika ada kesilapan harap dapat diperbetulkan... 
namun masih wajar dan boleh digunakan utk muhasabah diri...
sesungguhnya azab Allah itu amat pedih...

Monday 27 June 2011

Its My Life~ZALYA~191106~ (1)

         Jam menunjukan tepat jam 2:58am. Mungkin ini satu permulaan utk aq teroskan kehidupan yg penuh misteri ni dgn kisah yang aq rase agak seronok utk dikongsi. Kisah ini tentang kehidupan sebuah keluarga miskin disebuah kampung terpencil.

        Aku masih igt mungkin memori pertama yang aq simpan ketika aku masih kecil mungkin ketika aq berusia 4 tahun. ketika itu abah aku baru pulang dari tempat kerja. Beliau menaiki bas dan turun di hujung simpang rumahku. Seperti biasa aku akan berlari hingga ke hujung simpang untuk menyambut abah aku pulang. Seperti biasa abah akan mendukung aku dan memberikan aq pelukan kemas. Aku mengambil beg dari tgn abahku kemudian kami berjalan kaki pulang, telah menjadi rutinku utk membuka tali kasut abahku setelah dia sampai ke rumah. Dan apabila sampai ke rumah, emak pula akan sentiasa menunggu kepulangan suami tercinta di muka pintu.Biasanya emak akan memasak masakan pada tengahari dan kemudian akan menunggu abah untuk makan  bersama,kemudian mereka akan duduk di depan ruang beranda bersama2.Apabila sampai ke rumah emak kelihatan tersenyum manja kemudian emak memegang tangan abah lalu masuk ke dalam bilik.Barangkali rindu benar pada abah. Aku mengabaikan perkara tersebut lalu aku teros berlari ke belakang rumah utk bermain.

        Lebih kurang setengah jam kemudian abah keluar ke belakang rumah dan memanggil namaku. "zir, mai sini sat, abah nk cakap sikit" Aku berasa pelik kerana biasanya abah akan ke kebun seorang diri, aku pn duduk di bangku di sebelah abah." awk nk main 1 permainan baru tak, abah ajar nk?" Jiwa kanak2, diajak bermain siapa xmahu kn. aku pn mengiyakan. abah kemudian mengajak aku membuat unggun api dibelakang rumah, katanya untuk mengajar aku bermain masak2. setelah unggun api dibakar, abah kemudian memanggil abg2 dan akak2 aku untuk bermain bersama. aku lantas masuk ke dalam rumah untuk memanggil kakak2 dan abang2 aku yang lain. abah kemudian membawa kami ke belukar utk bermain. Sudah tentu aku yang pertama yang mengikutnya kerana di belakang rumahku ada anak sungai, seronok benarlah jiwa kecil ini diajak ke sana. abah kemudiannya mengeluarkan cangkul dari stor belakang rumah, aku memberanikan diri bertanya kepada abahku"abah, abah nk ajak ide main ape?" abah tersenyum tanpa kata2 dan kemudian meletakan aku di atas bahunya dan berlalu ke dalam hutan,. aku kemudiannya berasa semakin pelik dengan kerenah abah aku ini. bosan benar permainan orang dewasa dalam hati aku...BERSAMBUNG...

Saturday 25 June 2011

Katakan Haram Kepada "ROKOK"

assalamualaikum semua pembaca.. tanpa berlengah lagi jom kite jengok org2 kt tepi kite dan kalau ada kawan2 yang merokok, ayah, abang, akak, adik... cuba tanye mereka diorang merokok x?  kalau merokok cb tegur mereka kata rokok 2 haram.. ape mereka akan kate? diorang akan keluarkan fatwa masing, cakap hukum harus lar, sunat la, haram lar...semua keluarkan fatwa masing2... kalau kita jawab lak kate merokok membahayakan kesihatan mereka lak akan jawab macam nie "MEROKOK DAN XMEROKOK PON SAMA, AJAL MAUT DAH DITAKDIRKAN..." so ape kite nk jwb? btol gak an... so nape ada yg mngatakan rokok haram.. isap x isap pn mati gak kn? ok, 1stly nk bgth la tentang ketentuan qada dan qadar... 
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).

Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi) 

so dalam kontenks ini kita dapat lihat bagaimana tuhan mmberi kita akal utk berfikir tentang yang baik dan buruk... 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah takdir suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan dirinya.”(Al-Radu : 11)

dan mari kita lihat melalui logik akal... kadar bahan kimia dalam rokok telah pn disahkan oleh para pengkaji perubatan, jadi x perlu la dihuraikan disini, namun kita perlu lihat dari segi efek dan kesan sampingan... mgkin mnyebabkan mudharat pada diri dan sesungugguhnya dalam hadis ada mengatakan "dan janganlah kamu meletakan diri dalam kecelakaan." 

bagaimana jika sy ingin mengambil pendapat seorang ulama yang mngatakan bahawa orang yang menghisap rokok dan mati disebabkan penyakit yg berpunca dari rokok HARAM MASUK SYURGA? agak keras bunyinya kan? mari kita teliti sedikit hadis berkaitan...
Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Mengapa kita katakan orang yang mati disebabkan pnyakit yang berpunca dari rokok ini  mati bunuh diri? kita liohat dari anologi yang cukup mudah... 

PERTAMA~seorang lelaki minum setitik racun sehari... sudah tentu beliau akan mati perlahan2... 
KEDUA~seorang wanita terjun dari tingkat 16 lalu mati dengan cepat...
KETIGA~seorang perokok menghisap rokok sedikit demi sedikit dan memudaratkan kesihatan hingga maut...

dalam hal diatas, ketiga2 pelaku mati dalam 3 cara berbeza namun ketiga2 dianggap dalam kes bunuh diri bukan? jd sy berharap penerangan ini dapat membantu menilai hukum menghisap rokok.. walaupun nampak kecil namun beginilah "MEREKA" menyerang umat islam kita... berkaitan hukum pula.. saya rase pembaca boleh meletakan hukum pada pendapat saya sahaja... kepada perokok2, pilihlah jalan anda... dunia dan akhirat...=)

sekian sahaja penerangan dan pendapat sy tentang topik ini.. jika ada kesilapan harap dapat same2 tegur saya... wallahualam...