Monday 27 June 2011

Its My Life~ZALYA~191106~ (1)

         Jam menunjukan tepat jam 2:58am. Mungkin ini satu permulaan utk aq teroskan kehidupan yg penuh misteri ni dgn kisah yang aq rase agak seronok utk dikongsi. Kisah ini tentang kehidupan sebuah keluarga miskin disebuah kampung terpencil.

        Aku masih igt mungkin memori pertama yang aq simpan ketika aku masih kecil mungkin ketika aq berusia 4 tahun. ketika itu abah aku baru pulang dari tempat kerja. Beliau menaiki bas dan turun di hujung simpang rumahku. Seperti biasa aku akan berlari hingga ke hujung simpang untuk menyambut abah aku pulang. Seperti biasa abah akan mendukung aku dan memberikan aq pelukan kemas. Aku mengambil beg dari tgn abahku kemudian kami berjalan kaki pulang, telah menjadi rutinku utk membuka tali kasut abahku setelah dia sampai ke rumah. Dan apabila sampai ke rumah, emak pula akan sentiasa menunggu kepulangan suami tercinta di muka pintu.Biasanya emak akan memasak masakan pada tengahari dan kemudian akan menunggu abah untuk makan  bersama,kemudian mereka akan duduk di depan ruang beranda bersama2.Apabila sampai ke rumah emak kelihatan tersenyum manja kemudian emak memegang tangan abah lalu masuk ke dalam bilik.Barangkali rindu benar pada abah. Aku mengabaikan perkara tersebut lalu aku teros berlari ke belakang rumah utk bermain.

        Lebih kurang setengah jam kemudian abah keluar ke belakang rumah dan memanggil namaku. "zir, mai sini sat, abah nk cakap sikit" Aku berasa pelik kerana biasanya abah akan ke kebun seorang diri, aku pn duduk di bangku di sebelah abah." awk nk main 1 permainan baru tak, abah ajar nk?" Jiwa kanak2, diajak bermain siapa xmahu kn. aku pn mengiyakan. abah kemudian mengajak aku membuat unggun api dibelakang rumah, katanya untuk mengajar aku bermain masak2. setelah unggun api dibakar, abah kemudian memanggil abg2 dan akak2 aku untuk bermain bersama. aku lantas masuk ke dalam rumah untuk memanggil kakak2 dan abang2 aku yang lain. abah kemudian membawa kami ke belukar utk bermain. Sudah tentu aku yang pertama yang mengikutnya kerana di belakang rumahku ada anak sungai, seronok benarlah jiwa kecil ini diajak ke sana. abah kemudiannya mengeluarkan cangkul dari stor belakang rumah, aku memberanikan diri bertanya kepada abahku"abah, abah nk ajak ide main ape?" abah tersenyum tanpa kata2 dan kemudian meletakan aku di atas bahunya dan berlalu ke dalam hutan,. aku kemudiannya berasa semakin pelik dengan kerenah abah aku ini. bosan benar permainan orang dewasa dalam hati aku...BERSAMBUNG...

1 comment:

  1. dah follow!!! x sbr nk tggu smbungan citer ni..btw meh2 jenguk blog ak plak..=)

    ReplyDelete