Saturday 25 June 2011

Katakan Haram Kepada "ROKOK"

assalamualaikum semua pembaca.. tanpa berlengah lagi jom kite jengok org2 kt tepi kite dan kalau ada kawan2 yang merokok, ayah, abang, akak, adik... cuba tanye mereka diorang merokok x?  kalau merokok cb tegur mereka kata rokok 2 haram.. ape mereka akan kate? diorang akan keluarkan fatwa masing, cakap hukum harus lar, sunat la, haram lar...semua keluarkan fatwa masing2... kalau kita jawab lak kate merokok membahayakan kesihatan mereka lak akan jawab macam nie "MEROKOK DAN XMEROKOK PON SAMA, AJAL MAUT DAH DITAKDIRKAN..." so ape kite nk jwb? btol gak an... so nape ada yg mngatakan rokok haram.. isap x isap pn mati gak kn? ok, 1stly nk bgth la tentang ketentuan qada dan qadar... 
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).

Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi) 

so dalam kontenks ini kita dapat lihat bagaimana tuhan mmberi kita akal utk berfikir tentang yang baik dan buruk... 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah takdir suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan dirinya.”(Al-Radu : 11)

dan mari kita lihat melalui logik akal... kadar bahan kimia dalam rokok telah pn disahkan oleh para pengkaji perubatan, jadi x perlu la dihuraikan disini, namun kita perlu lihat dari segi efek dan kesan sampingan... mgkin mnyebabkan mudharat pada diri dan sesungugguhnya dalam hadis ada mengatakan "dan janganlah kamu meletakan diri dalam kecelakaan." 

bagaimana jika sy ingin mengambil pendapat seorang ulama yang mngatakan bahawa orang yang menghisap rokok dan mati disebabkan penyakit yg berpunca dari rokok HARAM MASUK SYURGA? agak keras bunyinya kan? mari kita teliti sedikit hadis berkaitan...
Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Mengapa kita katakan orang yang mati disebabkan pnyakit yang berpunca dari rokok ini  mati bunuh diri? kita liohat dari anologi yang cukup mudah... 

PERTAMA~seorang lelaki minum setitik racun sehari... sudah tentu beliau akan mati perlahan2... 
KEDUA~seorang wanita terjun dari tingkat 16 lalu mati dengan cepat...
KETIGA~seorang perokok menghisap rokok sedikit demi sedikit dan memudaratkan kesihatan hingga maut...

dalam hal diatas, ketiga2 pelaku mati dalam 3 cara berbeza namun ketiga2 dianggap dalam kes bunuh diri bukan? jd sy berharap penerangan ini dapat membantu menilai hukum menghisap rokok.. walaupun nampak kecil namun beginilah "MEREKA" menyerang umat islam kita... berkaitan hukum pula.. saya rase pembaca boleh meletakan hukum pada pendapat saya sahaja... kepada perokok2, pilihlah jalan anda... dunia dan akhirat...=)

sekian sahaja penerangan dan pendapat sy tentang topik ini.. jika ada kesilapan harap dapat same2 tegur saya... wallahualam...

No comments:

Post a Comment