Wednesday 28 September 2011

Kasih ibu

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..




       Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut

     Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.


       Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh. “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...By: Dominique Padua Balaba
(copy from kwn sy) 
PS/ did we do the same thing 4 our mum...? think!

Sunday 18 September 2011

senyuman palsu terbaik di dunia.

Kali nie aq nk kenalkan korg semua dgn seorang motivation aq... 
NICK VUJICIC

Manis senyuman beliau bkn, tp ada lbh bermakna pada senyuman beliau. Inilah diri beliau yg sebenar.


     seorang insan yang dilahirkan tanpa kaki,tanpa tangan, yg wujud hanya apa yg kita dapat lihat dalam gambar di atas,sebelah kaki "itik" kecil. Namun disebalik tubuh kerdil itu terkandung 1 semangat dan kata2 yang telah mengubah berjuta manusia di atas muka bumi ini. antara salah 1 ucapan terulung dari beliau adalah 
                                                        "Are you gonna finish it strong"

     Bagaimana beliau mengubah berjuta manusia termasuklah aku? beliau tidak memberi atau meminta simpati atas kekurangan beliau, thats make him strongest man i ever know yg masih hidup. 

Jom kita lihat sedikit selingan, hope semua akan enjoy.




ps/ "Belajar belajar" bkn "Belajar Mengikut"

Saturday 17 September 2011

Belajar dan semakin Bodoh.

Alhamdulillah syukur masih sempat update blog aq nie. kali nie aq nk bercerita tentang BELAJAR BELAJAR dan BELAJAR MENGIKUT. 1stly aq nk bgth korg tentang ape yg aq tulis nie hanyalah pendapat aq yg aq dpt lihat selama 22 taon aq idop. Aq hope korg leh luangkan masa 2 minit utk baca benda ini.Sbbbkn saja-saja aq nk tulis, cma aq nampak kita semakin kabur dalam erti mencari ilmu.firstly aq nk tunjukan 3 tokoh yg memberi aq inspirasi selain family,n of course la nabi Muhammad. Dan ape kaitan dengan tajok aq tentang BELAJAR BELAJAR dan BELAJAR MENGIKUT.

SYEIKH AHMAD DEEDAT
Ketiga-tiga tokoh nie aq rase x ramai sangat kenal kot, so ape kata aku kenalkan, SYEIKH AHMAD DEEDAT  merupakan seorang ulama yg sgt terkenal pada zaman 1940-1990.Beliau mengkaji dan menghafal kesemua kitab agama termasuklah Al-Quran,Injil,Zabur,dan kitab2 lain. Beliau berhijrah ke Afrika Selatan ketika berumur 9 tahun dan menjadi anak yatim piatu di negeri orang pada ketika itu.namun Berkat usaha Beliau merupakan seorang pemidato dan pendebat agama yg tidak pernah ditewaskan serta telah mengislamkan mungkin puluhan ribu umat di serata dunia.



FRANK WILLIAM ABAGNALE JR
dia ni adalah seorang perunding keselamatan Amerika yang terkenal kerana sejarah sebagai seorang pakar dalam memalsukan cek, menyamar dan melarikan diri. Ia menjadi terkenal pada tahun 1960 kerana berjaya memalsukan cek bernilai 2.5 juta di 26 negara selama lima tahun, bermula ketika ia berusia 16 tahun.
secara ringkas beliau nie seorang penipu,bkn penipu calang-calang tapi dia mengaku dah menyamarsebagai tidak kurang daripada lapan identiti berasingan, berjaya meniru seorang juruterbang syarikat penerbangan, seorang doktor, seorang agen Biro Penjara dan peguam.2 kali kena jail tapi terlepas Dia juga menjalankan sebuah syarikat perundingan penipuan kewangan iaitu Abagnale & Associates. Akhirnya ditangkap tapi diberi pengampunan oleh dan dijadikan salah seorang org penting dalam sejarah bank amerika.


PARTINI SARIKIN SARI
Dan yg terakhir sekali adalah seorang wanita ayu.tapi disebalik kelembutan dia ada kekerasan. beliau merupakan seorang pesilat kebangsaan Malaysia. masih belajar di UITM. Dia merupakan salah seorang pesilat yg digeruni. Merupakan pesilat harapan negara. Pingat Emas bkn lagi perkara baru bagi beliau dalam acara silat olahraga.


BELAJAR BELAJAR dan BELAJAR MENGIKUT

        Jika kita lihat secara rambang ketiga-tiga tokoh diatas, apa yg mungkin kita fikirkan tentang mereka mungkin adalah
  •  mereka merupakan 3 orang yg hebat.
  •  Dan kita lihat mereka adalah org yang akan dan telah tercatat dalam sejarah. 
  •  F.A.Jr, adalah seorang penipu yg berjaya.
  •  S.Ahmad Deedat pendebat dan pendakwah yang berjaya.
  •  Partini.S.S. pula adalah pesilat/pengamal senibeladiri yg berjaya.
        Jika itu yg kita dapat melalui pembacaan diatas, bg aq kita masih lg berada dalam golongan BELAJAR MENGIKUT. Keadaan mengikut bg aq adalah keadaan dimana kita menerima ilmu yg diberi itu bulat-bulat namun kita tidak cuba belajar mengkaji tentang bagaimana sst itu terjadi. Contoh mudah kita lihat graduan2 universiti yg tidak berjaya,aq boleh katakan mereka cemerlang dalam pelajaran yg mereka IKUTI, namun ketika belajar di IPTA IPTS,mereka tidak belajar utk hidup, maka keadaan tersebut menjadikan mereka orang yg BELAJAR MENGIKUT dan bukan BELAJAR BELAJAR.

        Sama juga keadaan di atas, ke 3 3 tokoh diatas, kita mungkin boleh sekadar ambil fakta tentang apa yg aq katakan di atas. Ataupun kita boleh BELAJAR BELAJAR dan berfikir bagaimana keadaan 
  • F.A.jr ketika menjadi seorang penipu dan menipu menjadi Hakim, Peguam,Juruterbang dan lain2. Cara beliau berlakon sebagai seorang actor.
  • dimana beliau belajar memandu kapal terbang? 

  • S.Ahmad Deedat telah membaca hampir kesemua kitab agama lain, namun bagaimana beliau mampu mempertahankan Agama islam beliau?
  • Apakah ucapan beliau yg hebat sehingga beliau boleh menewaskan ratusan Paderi, dan mengislamkan ribuan umat islam.

  • Partini S.S. telah memenangi pelbagai kejohanan silat,namun berapa kalikah beliau telah "berjaya gagal"  sebelum beliau berjaya?
  • tendangan atau teknik apakah yg digemari beliau sehingga beliau berjaya tewaskan ratusan pihak lawan?
  • dan byk lagi pelajaran lain yg mgkin kita mmpu olah.terpulang...

DAN akhir sekali kita tya diri kita apa yang kita dapat setelah membaca blog ini? Adakah kita telah BELAJAR BELAJAR atau masih BELAJAR MENGIKUT kerana apa yg aq tahu, ke3 3 tokoh yg aq sanjung adalah mereka yg BELAJAR BELAJAR... tepuk dada tyalah minda.-originally by http://dato-h.blogspot.com/




Sunday 11 September 2011

DIALOG PENDEK BUDAK MISKIN DAN BUDAK KAYA

dialog bdk miskin dan bdk kaya
Budak Kaya:      Hey org miskin, xmalukah ko idop miskin?
Budak Miskin:    Xbaik ko hina aku dgn kemiskinan aq nie...
Budak Kaya:      aku x hina kemiskinan ko,tp sikap ko yg lbh miskin sbb xnk ubah nasib ko...
 
Orang miskin terpinga2... memikirkan ape harus diperkatakan.
maka dialog diteruskan

Budak Miskin:    Hey orang kaya, tidak malukah ko idop kaya?
Budak Kaya:      Ape motif ko katakan aq harus malu dgn kekayaan aq ini?
Budak Miskin:    Wajarkah ko berbangga dgn seluar kecil ko yg berharga ribuan ringgit itu sedangkan ia dibeli oleh bapa kau?
Budak Kaya:   ...............
ps/: mudahnyer berkata-kata... dua dua 2x5.
moral/: ubahlah nasib kitajgn berckp je pandai.
" dan Aku tidak akan mengubah nasib sst kaum melainkan mereka mungbah nasib mereka sendiri."
http://dato-h.blogspot.com/